Ketibaan YAB Pehin Seri dimajlis Ramahtamah Aidilfitri Balingian 2009

Ketibaan YAB Pehin Seri dimajlis Ramahtamah Aidilfitri Balingian 2009
Majlis Ramahtamah bersama Pehin Seri diadakan di Perkarangan Masjid Darul Taqwa Balingian

Musnahnya Khazanah Sejarah Mukah

Musnahnya Khazanah Sejarah Mukah
18 Februari 2009 merupakan sejarah hitam untuk penghuni lima buah kedai yang punah dijilat api

02 Februari 2009

Imbasan Banjir di Balingian Januari 2009








Imbasan Banjir di Balingian Januari 2009,Kali ini merupakan Banjir terbesar melanda Balingian sejak tahun 1996.

Banjir di DUN Balingian

Banjir di DUN Balingian

Fenomena udang timbul dan banjir di DUN Balingian

Fenomena Udang timbul

Bermula tarikh 28 Disember 2008 ,Air pasang mula melanda Pekan Balingian ,tiga hari kemudian air mula surut(02 Januari-05 Januari 2009),maka timbullah cerita fenomena udang ,dimana pada waktu itu ramai penduduk Balingin turun ke sungai untuk mencari dan menangkap udang.

Seolah-olah satu pesta air kelihatan waktu itu.boleh dikatakan semua mereka yang mencari dan menangkap udang sudah pasti akan membawa hasil tangkapan mereka dengan senyum lebar.

Daripada hasil tangkapan mereka ada yang menjual dan ada juga yang hanya mencari untuk dimakan .

Ramai warga dan rakan taulan dari luar pekan Balingian datang untuk mencari dan tidak kurang juga yang datang hanya untuk memuaskan nafsu untuk makan udang dengan sepuas-puasnya.

Beranika resepi dapat disaji atau dihidang dari udang galah,seperti dibakar,digoreng,direbus,dibuat pais dan dipanggang.

Pada waktu tersebut harga Udang galah hanya RM10.00 sekilogram. Berbanding dengan harga asal sebelumnya hingga mencecah RM18-RM25 sekilogram.

Fenomena tersebut hanya berlaku dalam tempuh 3 hari sahaja.

Banjir melanda di DUN Balingian

Sejurus bermula 08 Januari 2009 Hujan lebat mula melanda Balingian dan Mukah,Air pasang besar sudah mula kelihatan,ditambah pula angin tenggara serta gelombang laut yang kian menganas.

Limpahan air sungai tidak dapat mengalir deras ke laut,akibatnya Banjir berlaku di DUN Balingian.

Antara kawasan teruk yang dilanda Banjir kali ini ialah:

  • Balingian:
    1. Kampong Kuala Balingian(4 buah rumah dimasuki air,sementara di sepanjang jalan telah dinaiki kayu balak yang hanyut dari sungai dan tersadai di tengah jalan kpg tersebut)
    2. Kampong Suyong
    3. Kpg.Pulat( lebih kurang 5 buah rumah dimasuki air)
    4. Kpg.Masjid(sebuah rumah dimasuki air)
    5. Kpg.Lintang(lebih kurang 10 buah rumah telah dimasuki air)
    6. Kpg.Baru Balingian(Sebuah rumah ditengelami air)
    7. Rh.Geliga Kuala Balingian(Air masuk kerumah setinggi 2 kaki)
    8. Rh.Janin Sg.Setuan kuala Balingian(Air masuk kerumah setinggi 2 kaki )

Kesemua kawasan yang terlibat dimana jalanraya kekawasan tersebut telah ditengelami air.

  • Mukah:

1. Kpg.Sesok dan Sesok Baru Mukah

2. Kpg.Tellian

3. Kpg.Litong

4. Kpg.Tutus Hilir dan Hulu

5. Penempatan Baru Mukah(semua rumah telah dimasuki air)

6. Bandar Lama Mukah(market jualan ikan dan sayur,serta gerai makan di tengelami air)

7. Kpg.Penakub Hilir

8. Kpg.Teh

9. Kpg.Jebungan

10. Kpg.Petanak

11. Kpg.Judan

12. Tabo

Kesemua kawasan yang terlibat dimana jalanraya kekawasan tersebut telah ditengelami air.

KM di Majlis tahlil Mukah

KM di Majlis tahlil  Mukah

Majlis Tahlil Allahyarhamah Datin lalila Taib di Balingian

Majlis Tahlil Allahyarhamah Datin lalila Taib di Balingian